CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 1, 2017

JHD BAB 4


"ELOK juga buat majlis ringkas macam ni, taklah you busy sangat," ujar Nadia dengan senyuman lebar.
"Ha'ah... Elok," balas Lisa membalas senyuman Nadia dengan senyuman dibuat-buat. Entah bila masa pula dia menjemput bekas kekasih suami Awina ni datang ke majlis kenduri kahwin dia dan Azamri. Azamri ke yang jemput? Maklumlah arwah Azri tu kan adiknya Azamri. Mestilah Azamri ni pun kenal-kenal juga dengan Nadia.
"I sebenarnya sibuk dan tengah out station ke Johor tapi sebab you dan Azamri hari ni juga I fly."
"Oh.." Lisa jadi kekok. Matanya meliar mencari kelibatan Awina, risau-risau Awani muncul pula karang jadi perang berdarah di majlis dia.
"You cari siapa? Suami you rasanya kat situ aje." Nadia menunjuk lelaki yang sedang berbual dengan tetamu di tengah-tengah ruang tamu.
"I?" Lisa angkat kening. Nadia mengangguk kecil. "Cari isteri arwah Azri." Ambik kau. Lisa membulatkan mata
"Awina datang? You jemput?" soal Nadia seperti terkejut.
"Yalah, dia kan kakak ipar I."
"Bekas kakak ipar. Lagipun hubungan dia dan arwah Azri dulu tak berapa elok sangat."
Tak elok sebab wujudnya engkau. Apahal buat-buat muka innocent pula depan aku. Rentung sekejap hati Lisa dibuatnya.
"Mana tahu tak elok? Elok aje I tengok. Lovey dovey lagi. Hari-hari bersayang-sayang." Sibuk Lisa mengipas. Entah kenapa dia tiba-tiba rajin berbalas kata dengan Nadia.
Kelibatan Awani yang menghampiri mereka berdua membuatkan Lisa sedikit berpeluh. Mujur arwah Azri tak jadi kahwin dengan Nadia tempoh hari. Tak mampu Lisa membayangkan betapa dilemmanya berhadapan Nadia dan Awina pada masa yang sama.
"Dear Lisa, aku dah siap makan, dah nak balik,” ujar Awina sebaik sahaja menghentikan langkahnya.
"Tunggu la sekejap. Kau kawan aku takkan nak cepat balik."
"Banyak lagi kawan kau kan." Awina melirik ke arah wanita anggun di sisi Lisa. Dia masih lagi kenal wanita itu biarpun arwah Azri sudah lama tiada. Wanita yang merenggut kebahagiaannya sebagai seorang isteri. Kalaulah wanita itu tidak wujud, kalaulah wanita itu tidak pernah menjadi bekas kekasih Azri...
Awina masih ingat jelas cara angkuh Nadia bercerita tentang Azri selepas dua bulan perkahwinan mereka. Perkara itu menjadikan hati Awina berdarah dan bermusuhan dengan suami sendiri.
"Hai, Awani. Lama I tak jumpa you. Last time masa hari nikah you dengan arwah Abang Azri."
Terkebil-kebil Lisa bila Nadia membahaskan arwah Azri dengan panggilan semanja itu.
"Dia dah tak ada, you tak payah nak lebih-lebih." Awina menjeling tajam. Hilang ingatan agaknya perempuan tu yang mereka pernah ketemu selepas majlis nikah Awina dan arwah demi menabur garam dalam rumah tangga orang. Sudahlah nama Awina pun dia boleh salah sebut. Entah siapa Awani tu.
"Asal you tahu siapa di hati arwah," ucap Nadia keras.
"Excuse me?" Awina bercekak pinggang tidak berpuas hati. Bunyi Lisa macam sengaja mencari gaduh aje? Kening Awina bertaut rapat menahan rasa sabar yang semakin menipis.
Cepat saja Lisa memeluk lengan Awani agar temannya itu tidak mengamuk.
"Bukan I yang merampas. You yang rampas dia dari I."
"I tak tahu pun kewujudan you masa tu, kalau you halang perkahwinan kami lebih awal you memang berhak untuk bercakap tapi you pengecut. You datang aje tapi tak cakap apa-apa. Bila dah sah baru you serang I, baru you cakap nak ambil arwah balik, you ingat you siapa?"
"Oh, you berlagak jadi mangsa keadaanlah ni?"
"Could you please stop, Nadia?" Lisa menjegil mata. Risau pula dia melihat suasana tegang antara mereka berdua.
Awina menghampiri Nadia, benar-benar berdiri berhadapan dengan wanita itu. "I memang mangsa keadaan, Nadia! I bukan pentingkan diri kalau you beritahu awal-awal tentang hubungan you dengan dia. Tapi cara you mengganggu hubungan sah kami sangat keji, Nadia!"
"You jangan nak tuduh I bukan-bukan ya! I tak ganggu dia, tapi perasaan dia masih ada pada I. You tak pernah berjaya memiliki arwah abang Azri, tak pernah!" Nadia hilang kawalan. Antara dia dan Awina, Nadia tahu dia yang lebih berhak pada perasaan lelaki itu.
Awina menjeling tajam ke wajah kecil Nadia. Wajah yang kononnya langsung tidak berdosa! "I baca setiap mesej you, setiap malam!" Jerit Awina tidak mampu mengawal amarah. Nadia mengangkat tangan dan menghayunkan tangannya kuat ke pipi Awina sehingga wanita itu terteleng ke kanan.
"You nak salahkan I ke bila you sendiri tahu hati arwah untuk siapa?"
Awina kemam bibir kuat. Bodohlah dia jika bermurah hati menerima tamparan pertama dalam hidupnya. Lebih-lebih lagi tamparan itu dari wanita yang tak sedar diri seperti Nadia.
"Cinta suci konon. Pergi matilah cinta suci tu! I tak hadaplah dengan Azri!" Awina menolak kuat bahu Nadia. Cuba membalas tamparan yang baru saja singgah di pipinya sebentar tadi.
"What?!" Nadia membutangkan mata. Kali ini dia mendekati Awina pantas dan merempuh Awina kuat sebelum wanita itu jatuh terduduk di lantai.
"Wina, Nadia!" Lisa menjerit agak kuat. Terkejut dan malu menjadi satu apabila majlis yang sepatutnya dipenuhi dengan kegembiraan telah bertukar rentak. "This is my wedding!"
Awina meraup wajah geram. Dia cuba bangun dan membetulkan bajunya.
Nadia memandang Lisa garang. “You jangan ingat laki you tu bagus sangat, Lisa! I tahu baik buruknya!”
“Apa?” Lisa hampir menempelak. Sudah habis menyerang Awina, dirinya pula dijadikan mangsa oleh Nadia. Kalau boleh dia nak halau aje si Nadia dari majlisnya.
"Aku balik, Lisa," ujar Awina dengan mata yang berkaca. Dia memusingkan tubuh tetapi langkahnya menjadi kaki saat terpandang wajah keruh Azamri. Dia benar-benar lupa yang Azamri dan keluarganya ada di situ. Tiba-tiba Awina rasa menyesal yang amat sangat. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata boleh memutuskan ukhuwah dan ikatan yang sedia utuh.
Dia melangkah menghampiri Azamri dengan perasaan malu. Matanya menangkap kelibatan Jihana dan Hid Johar berdekatan dengan Azamri. Entah di mana dia hendak meletakkan mukanya selepas ini dengan kejadian yang amat memalukan dalam hidupnya.
"I'm so sorry Zamri, I tak berniat. You tahu I sayangkan Azri. I cintakan dia," ucapnya lirih. Air mata jatuh berderai ke pipi. "I cintakan Azri..." Bisik Awina lagi.
Hid Johar yang memerhati menggenggam tangan kuat. Dia tak tahu apa perasaan yang menyelit dan menumbuk dadanya. Antara terluka dan sedih menjadi satu.
"Hid kenapa?" soal Jihana melihat dada Hid Johar bergelombang.
Azamri melemparkan mata ke arah lain, malas untuk melihat air mata yang menitis di pipi Awina. "You baliklah. I faham," balas Azamri perlahan.
Bukan Azamri tidak terasa dengan kata-kata Awina mengenai arwah abangnya tadi namun untuk menyalahkan Awina secara total terasa tidak adil pula. Memang Nadia bekas kekasih yang Azri paling sayang. Cinta pertama yang tak mungkin arwah abangnya itu lupakan. Tapi dia tidak suka dengan tingkah Awina yang tidak memikirkan orang sekeliling mereka. Terlalu beremosi. Menyalahkan arwah bila semua yang berlaku sudah pun berlalu.
Biarlah wanita itu balik untuk menenangkan perasaannya. Bagi Azamri, apa yang telah berlaku biarlah berlaku. Memang dia sakit mengenangkan arwah abangnya menjadi permainan dua orang wanita, di majlis perkahwinannya pula tu!
Awina mengangguk kecil. Kakinya melangkah lemah menuju ke arah pintu dengan diiringi berpuluh biji mata yang memerhati penuh minat termasuklah Hid Johar.
"Hid?" Jihana menyentuh bahu Hid Johar lembut. Hid menoleh ke arahnya. Jihana terpempan melihat anak mata Hid yang berkaca-kaca seolah-olah mengalami kesakitan yang amat sangat.
"Hid sakit? Nak akak bawa ke hospital?" Jihana jadi panik. Hid Johar mengerut kening dan mengetap bibir. Cuba mengawal perasaannya yang diburu emosi entah apa-apa.
"Hid tak sakit."
"Habis kenapa muka macam ni?" tanya Jihana masih bimbang.
"Tak tahu.." Hid Johar berdeham beberapa kali, cuba mengawal perasaan yang seperti berantakan. Dia juga tak faham dengan perasaan yang baru menimpa hatinya.
"Sedih?"
Hid Johar mengangguk. Jihana menarik nafas lega. Fikirnya sesuatu yang buruk berlaku ke atas adiknya tadi.
"Hid balik dulu, kak." Hid Johar memandang Jihana.
"Tapi majlis tak siap lagi ni."
"Hid balik seorang."
"Risau pula akak."
"Teksi banyak," ucap Hid Johar melangkah pergi. Jihana tidak mampu menghalang langkah adiknya walaupun dia sangat bimbang dengan keadaan Hid Johar.
"Hid call bila dah sampai."
Hid mengangguk tanpa menoleh. Jihana kembali memandang ke arah Lisa yang kelihatan kecewa serta terkilan. Dia tidak tahu sebab musabab pergaduhan itu tadi tapi telinganya sempat menangkap pengakuan Awina mengenai arwah suaminya. Pasti Awina benar-benar marah sehingga sanggup meluahkan perkara sensitif seperti itu. Tapi kenapa Awina meminta maaf kepada suami Lisa pula. Dia jadi keliru. Orang di sekeliling mula berbisik-bisik antara satu sama lain cuma Jihana tidak berminat mengetahui cerita beralaskan gosip. Apa yang terjadi itu atas urusan pengantin dan mereka yang berkaitan, dia tidak seharusnya masuk campur.




0 Komen untuk Cik Rin: